Pages

Saturday, March 19, 2011

Mencapai Pelepasan Dari Seksaan Kubur

Assalamualaikum ~
Untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang mukmin perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah SAW dalam Hadis dan Sunnah:
1. Memelihara Solat 5 Waktu
Berdasarkan Hadis oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang yang memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.
2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian
Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadis menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah SAW bersabda: "Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan kubur dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke Syurga." (bagi mereka yg beriman).
3.  Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak) pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.
Rasullulah SAW menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda: "Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaan kubur" (Hadis Riwayat An-Nasaa'i Dan At-Tirmidzi)
"Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak..adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan kubur" (Riwayat An-Nasaa'i)
Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahawa Rasullullah SAW tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah Dan Tabaarak)
4. Mati Syahid
Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Maajah bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.
Salman Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih utama". Terkadang beliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedang hatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah) nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur; sedangkan amalannya subur (terus bertambah;dipahalai sebagai hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
5. Mati di malam atau siang hari Jumaat
Rasullulah SAW bersabda: "Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia dihari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur". (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
6. Mati sebab sakit dalam perut
"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya". (Hadis Riwayat Ibu Maajah Al Baihaqi Dan At-Tirmidzi)
7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah
Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah SAW bersabda: "Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja" (Hadis Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)
8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:
Uqbah bin Amir menyebutkan bahawa Rasullulah SAW bersabda: "Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mukmin itu akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" (Riwayat At-Tabaraani)

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai:
Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah SAW pernah memceritakan: "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100 kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan. Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api. Sesudah api hilang (padam) dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul. Malaikat menjawab : "Ialah disebabkan engkau bersembahyang tanpa wuduk (dengan wuduk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetapi engkau tidak memberikan pertolongan" (Hadis Riwayat At-Tahaawi)
10. Selalu memohon pada Allah SWT agar dilindungi daripada seksaan kubur
Menurut Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad bin Hanbal, Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah SAW membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah Baginda SAW (yang perlu diikuti segera) iaitu dibacakan sebelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi : "Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada / fitnah. Al-Masiih Ad-Dajaal
11. Membaca Dan mengkhatam Al-Quran
Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah SAW berbunyi: "Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" (Hadis Riwayat Abi Umaamah)

No comments:

Post a Comment