Pages

Saturday, March 5, 2011

Sirah Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam

Keputeraan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam 

Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam diputerakan pada hari Isnin , 12 Rabuilawal Tahun Gajah , bersamaan Tahun 571 Masihi . Baginda diputerakan di Kota Makkah dalam keadaan yatim . Naginda berketurunan Quraisy , bapa baginda bernama Andullah bin Abdul Muttalib wafat semasa baginda berada dalam kandungan ubunya dua bulan . Ibu baginda Aminah binti Wahab , wafat ketika baginda berusia enam tahun . Selepas ibu baginda wafat baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib sehingga berusia lapan tahun . Setelah datuk baginda wafat , baginda dipelihara oula oleh bapa saudara Abu Talib .

Akhlak Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam 

Semasa kecil , naginda dihantar ke sebuah desa yang agak jauh dari kota Makkah untuk dijaga dan disusui oleh Halimatus Sa'adiah . Tunjunnya supaya baginda membesar dengan sihat dalam suasana dan udara yang bersih . Baginda mendapat didikan awal yang baik . Semasa kanak-kanak lagi baginda menjadi pengembala kambing dan di peringkat remaja oula menjadi seorang pedagang . Pekerjaain ini mendidik jiwa baginda bersifat sabar , amanah , penyayang dan tabah . Semua ini membentuk keperibadian dan kepimpinan baginda dalam melaksanakan tugas sebagai seorang nabi dan rasul .

Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam adalah pilihan Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk memimpin manusia ke jalan yang selamat di dunia dan di akhirat . Baginda juga adalah ikutan yang terbaik dan mempunyai peribadi mulia sejak kecil lagi . Antara sifat terpujia baginda ialah amanah , adil , benar , bercita-cita tinggi , bertanggungjawab , berpendirian teguh , berpandangan jauh , pemurah , penyayang dan sebagainya . Masyarakatnya telah memberi gelaran ' Al-Amin ' kepada baginda kerana bersifat amanah .

Ketinggian dan kemuliaan peribadi baginda adalah tarikan utama kepada orang ramai untuk menerima Islam .

Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pembentuk akhlak mulia , sebagaimana dinyatakan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari : 

" Sesungguhnya aku diutus Allah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Hadits ini menunjukkan bahawa akhlak Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam adalah sebagai contoh yang terbaik dan terunggul untuk diikuti . Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah al-Azhab ayat 21 :

" Sesungguhnya pada diri Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam itu contoh teladan terbaik bagi kami . "

Assalamualaikum ~ 
Bye guys =)

No comments:

Post a Comment